Posted by: zuleec5 | June 15, 2009

Pendekatan

Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang Maha Pemurah sehingga mengurniakan kepada insan anugerah yang amat agong. Anugerah Nabi junjungan mulia penyinar hidayah, penyejuk jiwa, permata hati, pencerna naluri dan penyelamat dunia. Insan sempurna kekasih sang pencipta yang telah dipilih. Selawat dan salam ke atas pemimpin sekelian Ummah, pemberi syafaat, pembawa bendera di depan telaga ketika manusia bangkit kebingungan. Pemilik Buraq dan juga mahkota tanda kebesaran. Jasadnya suci bercahaya mewangi harum lagi amat disayangi. Nabi pemimpin dua kerajaan di Timur dan di Barat, pengubat rindu, Saiyiduna Muhammad s.a.w

Sebagai pendahuluan kepada kesempuanaan Nabi s.a.w sebaiknya kita mendekati Rasulullah dari awal. Semenjak terbinanya kehendak azali menjadikan hambanya dan sekelian makhluk adalah kerana Allah s.w.t ingin mencipta kekasih terpilih Nabi Muhammad s.a.w. Merupakan nabi pertama dicipta dan yang terakhir diutuskan.

Older Posts »

Categories